Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

PERABOT KAYU

PERABOT KAYU - mudah disuai padan dan tahan lama! Pemilihan perabot dan fabrik-fabrik adalah yang bercirikan etnik India.Ianya mempunyai nilainya yang tersendiri kerana sentuhan tangan masyarakat pribumi India seperti pasu, arca dan hiasan kecil yang lain.

Perabot kayu jati menyerlahkan kemewahan






Sememangnya ramai orang berminat untuk menghiaskan rumah dengan perabot kayu, terutamanya yang diperbuat daripada kayu jati yang diimpot daripada India atau Indonesia.













Perabot jati memberikan inspirasi untuk menghiasi kediaman anda dengan seni buatan tangan yang halus dari kayu jati yang berkualiti tinggi. Perabot jati bukan hanya menghiasi kediaman berkonsep klasik atau Bali, kini dengan pelbagai inovasi rekaan terbaru, ia menghiasi kediaman berkonsep nusantara, kontemporari malah konsep moden dan Inggeris. Beli perabot yang hanya menggunakan kayu berkualiti tinggi yang menjalani proses perawatan kayu teknologi terkini dan proses pengeringan kayu menggunakan 'giant oven'. Jaminan kualiti terbaik dengan jaminan 5 hingga 10 tahun atas kerosakan dari pembuatan serta khidmat servis percuma selepas jualan, satu jaminan yang memberikan anda ketenangan jiwa selepas memiliki perabot jenama ini. Pelbagai pilihan reka bentuk sofa terkini dengan pilihan fabrik mengikut corak dan citarasa anda.



Perabot jati sememangnya amat popular di serata dunia. Setiap perabot mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat dari kayu-kayu lain. Ia mampu bertahan dari semua jenis cuaca dan amat sesuai digunakan sebagai perabot. Sebelum ini, perabot jati dikenali sebagai perabot yang bermotif klasik, mempunyai pelbagai ukiran yang sesuai dengan konsep traditional. Kini dengan pelbagai inovasi dan permintaan peminat perabot jati, ia telah menukar imej perabot ini kepada model-model yang sesuai untuk konsep kontemporari, nusantara, oriental malah konsep moden dan inggeris selain konsep tradisional dan Bali.



My Table Text
cell phone accessories 80% off 504427_Save on top-brand fragrances for men & women from Brooklyn Battery Works. Plus get Free Shipping!
Click here to visit this site Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Tuesday, December 20, 2011

TIPS HIASAN DALAMAN

Hari ini aku ingin menulis sikit tentang ”interior designer” atau hiasan dalaman. Aku suka sangat pasal ”interior designer” atau hiasan dalaman ini kerana isteri akau minat bagai nak gila menghias rumah. Jadi, aku terpaksa lah belajar sikit-sikit ilmu menghias rumah atau ”house decoration”. Mana tidaknya, isteri aku selalu juga minta pandangan atau nasihat aku. Kalau jawab tak tau, nanti tak feel pulak.




Di sini diperturunkan sedikit TIPS MENGHIAS RUMAH dari bacaan dari majalah-majalah kegemaran isteriku iaitu Anjung Seri, Laman, Impiana, Keluarga dan macam-macam lagi sampai tak terbaca..


Visit D3T - Double Tap The Traffic W/ Lawrence Tam

Elakkan 13 perkara dalam menghias rumah idaman
HIASAN dalaman sebenarnya bersifat peribadi (personal) dan sentimental. Ia lebih cenderung kepada penonjolan cita rasa dan estetika empunya diri. Ada yang berani dan mencuba sesuatu pembaharuan, kelainan selain rela menongkah arus seperti keputusan memilih rona garang untuk bilik tidur dan ruang makan.
Selain itu, menyusun gambar tidak perlu mengikut kelompok ukuran bingkai manakala cat dinding ruang tamu tidak semestinya dari kelompok warna senada.

Apapun anda pemiliknya, maka, jika sentuhan sedemikian membuat anda selesa teruskan saja namun, jangan keterlaluan menghias rumah sehingga tetamu berasakan kehadiran mereka seperti tidak dialu-alukan.


Kewajaran menghias rumah masih dituntut dan diperlukan bagi membantu anda memiliki sebuah kediaman yang bukan saja cantik dipandang mata tetapi selesa diduduki. Pastikan anda berasa tenang, damai dan tidak merimaskan. Jadikan kediaman `sarang persembunyian’ yang mampu mententeramkan jiwa anda.


Justeru, sebelum mulakan langkah menghias, pastikan maklumat asas hiasan dalaman dikenal pasti. Ini penting bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.


Ini aku ambil dari website seseorang .. (Excuse me! Sorry), kalau dia tak izinkan kenalah padam nanti.. Cantik dan unik!.
Perlu banyak idea dan kreatif.. Inilah dunia interior designer

1• Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.


2• Elak mengecat dulu

Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.


3• Jangan pilih cat dari kertas contoh

Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.


Click here to visit this site
4• Jangan pilih warna dalam kedai

Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.



5• Jangan abaikan psikologi warna

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.


6• Elak dekorasi paksa

Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.


7• Jangan abaikan titik fokal ruang.

Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.


eBook Import Dari China
8• Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding.

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.


9• Elak bina sekatan

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.


10• Jangan beli kerana murah

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.


11• Jangan melabur kerana aliran gaya.

Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.


12• Utamakan penampilan ruang dengan menyingkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang.

Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.


13• Jangan lupa perincian

Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.


>

Susun atur ruang yang dirancang terperinci menampakkan gaya dan style

Email/nama:
Minat anda: Tradisional Barat Lain-lain
Pilihan majalah
Comments:

Monday, December 5, 2011

DEKORASI TERKINI

-update

HARI INI rasa teringin pula hendak update blog ini. Rasanya sudah lama betul tidak menghantar entri baru ke blog ini. Pastinya ramai pengunjung yang keciwa. Bukan kerana apa yang membuat saya menyepi.. lantaran kerana kesibukan tugas di pejabat. Pernah dikata orang saya ini "makan gaji buta" membesarkan anak-anak dan isteri. Entahlah, hasad dengki manusia tidak pernah habis-habis...
Untuk kali ini saya akan mulakan blog ini dengan lebih terancang, kemaskini, ANGGUN dan MENAWAN!!!

Dalam dunia DEKORASI,terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari, didalami dan dititikberatkan...Sebelum itu bolehlah lawati laman-laman kegemaran seperti..DECO BERSAMA ERIC Seperi apa yang ditulis oleh Eric dalam DECO BERSAMA ERIC
Saya petik sedikit perkataan-perkataan itu… “Dalam episode ini, ……… bermula di sebuah ruang tamu yang mengalami dilema "miss-match" di mana gaya perabot, warna dinding, warna permaidani, deko dan sebagainya tidak berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan sebuah gaya sedap dipandang mata.”
DECO BERSAMA ERIC

Boleh juga lewat santai-santai di DECORATION.com. Boleh kongsi ilmu dekorasi@decoration.



Revolutionize the email experience. Start your FREE Trial of GetResponse Email-to-Speech. GETRESPONSE

Your Ad Here
Your Ad Here