Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

PERABOT KAYU

PERABOT KAYU - mudah disuai padan dan tahan lama! Pemilihan perabot dan fabrik-fabrik adalah yang bercirikan etnik India.Ianya mempunyai nilainya yang tersendiri kerana sentuhan tangan masyarakat pribumi India seperti pasu, arca dan hiasan kecil yang lain.

Perabot kayu jati menyerlahkan kemewahan






Sememangnya ramai orang berminat untuk menghiaskan rumah dengan perabot kayu, terutamanya yang diperbuat daripada kayu jati yang diimpot daripada India atau Indonesia.













Perabot jati memberikan inspirasi untuk menghiasi kediaman anda dengan seni buatan tangan yang halus dari kayu jati yang berkualiti tinggi. Perabot jati bukan hanya menghiasi kediaman berkonsep klasik atau Bali, kini dengan pelbagai inovasi rekaan terbaru, ia menghiasi kediaman berkonsep nusantara, kontemporari malah konsep moden dan Inggeris. Beli perabot yang hanya menggunakan kayu berkualiti tinggi yang menjalani proses perawatan kayu teknologi terkini dan proses pengeringan kayu menggunakan 'giant oven'. Jaminan kualiti terbaik dengan jaminan 5 hingga 10 tahun atas kerosakan dari pembuatan serta khidmat servis percuma selepas jualan, satu jaminan yang memberikan anda ketenangan jiwa selepas memiliki perabot jenama ini. Pelbagai pilihan reka bentuk sofa terkini dengan pilihan fabrik mengikut corak dan citarasa anda.



Perabot jati sememangnya amat popular di serata dunia. Setiap perabot mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat dari kayu-kayu lain. Ia mampu bertahan dari semua jenis cuaca dan amat sesuai digunakan sebagai perabot. Sebelum ini, perabot jati dikenali sebagai perabot yang bermotif klasik, mempunyai pelbagai ukiran yang sesuai dengan konsep traditional. Kini dengan pelbagai inovasi dan permintaan peminat perabot jati, ia telah menukar imej perabot ini kepada model-model yang sesuai untuk konsep kontemporari, nusantara, oriental malah konsep moden dan inggeris selain konsep tradisional dan Bali.



My Table Text
cell phone accessories 80% off 504427_Save on top-brand fragrances for men & women from Brooklyn Battery Works. Plus get Free Shipping!
Click here to visit this site Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

No comments:

Post a Comment

Please comment here!

Your Ad Here
Your Ad Here