Nuffnang

Wednesday, February 8, 2012

PANDUAN GAYA HIASAN DALAMAN: MANA SATU PILIHAN ANDA?

Buatlah satu pilihan yang tepat dan sempurna tentang gaya hiasan dalaman untuk bilik atau kediaman anda. Panduan yang diberikan di sini adalah meliputi gaya hiasan dalaman yang pelbagai mencakupi gaya yang popular dan memaparkan juga perabot yang sepadan dengan pilihan anda.


Effy Jewelers

Terdapat pelbagai gaya atau “style” dalam hiasan dalaman. Antaranya ialah:


1. Gaya hiasan dalaman “apartment”.(Apartment Style Interior Design)
2. Gaya hiasan dalaman “Art deco”.
3. Gaya hiasan dalaman Asia.
4. Gaya hiasan dalaman China.
5. Gaya hiasan dalaman klasik.
6. Gaya hiasan dalaman kontemporari.
7. Gaya hiasan dalaman “teratak/ dangau” (Cottage Style Interior Design)
8. Gaya hiasan dalaman “kedesaan”(Country Style Interior Design)
9. Gaya hiasan dalaman English.
10. Gaya hiasan dalaman “Feng Shui”.
11. Gaya hiasan dalaman Perancis.
12. Gaya hiasan dalaman kedesaan Perancis (French Style Country)
13. Gaya hiasan dalaman rekaan taman (Garden Style Design).
14. Gaya hiasan dalaman “Gothic”.
15. Gaya hiasan dalaman rumah (Home Style Interior Design).
16. Gaya hiasan dalaman Jepun.
17. Gaya hiasan dalaman “loteng” (Loft Style Interior Design)
18. Gaya hiasan dalaman tradisional.
19. Gaya hiasan dalaman tropical.
20. Gaya hiasan dalaman Tuscan.
21. Gaya hiasan dalaman Victoria.

Sebenarnya banyak lagi gaya hiasan dalaman yang dikaji oleh pakar-pakar atau pun ahli penghias dalam (interior designer) terutamanya di negara-negara Barat.
Kita akan melihat satu persatu jenis hiasan dalaman seperti yang dinyatakan, khusus sebagai panduan kepada anda yang berminat menghias rumah secara sendiri atau menggunakan khidmat professional.



GAYA HIASAN DALAMAN "APARTMENT" (APARTMENT STYLE INTERIOR DESIGN)

Gaya hiasan “apartment” memaparkan tarikan dari segi kebolehsuaiannya dan member cabaran terutama pada ruangan yang ketat dan mahal. Kunci kepada pemilihan bahan-bahannya ialah factor kebolehsuaian yang mana konsep hiasannya ialah kebebasan memilih yang hampir-hampir sama. Pertimbangan yang wajar perlu diberikan kepada pelan lantai (floor plan), keluasan atau kesempitan ruang (amount of space). Gaya hiasan apartment adalah hampir serupa dengan gaya hiasan ruang yang sempit yang berkembang berdasarkan had-had ruang. Keutamaan juga perlu diberikan kepada pemilihan perabot kerana kediaman “apartment” mempunyai yang terhad.



Recover lost iPhone Photos, Contacts, Messages and more from iTunes backup files.

GAYA HIASAN DALAMAN “ART DECO”

Gaya hiasan dalaman yang unik ini adalah retro klasikal dan amat sesuai kepada mereka-mereka yang mempunyai hobi mengumpul hasil-hasil seni dan kraftangan. Gaya hiasan ini lebih membawa elemen-elemen seni budaya warisan yang wujud di sekitar tahun-tahun 1920-an dan 1930-an. Komponen yang penting dan terpancar sebagai “trade-mark” hiasan dalaman ini ialah jubin lantai hitam-putih dengan menitikberatkan cermin, nikel dan perabut berpermukaan putih. Gunakan juga dinding bergeometrik hitam. Kalau anda menyukai warna yang lebih kontras, warna jingga kesumba (salmon-pink) dicadangkan.


Sofa dan kerusi untuk “art deco” adalah bersaiz sesuai (fairly large), dihiasi dengan kipas yang “stylish”. Meja dan almari yang disalut kaca adalah suatu kelaziman bagi hiasan “art deco”.Kotak yang disalut bingkai besi juga adalah sebagai pelengkap bagi sofa dan kerusi.


Anda boleh baca Art Deco Style

Art Deco Mirrored Sideboard

Meja yang berkilat



GAYA HIASAN DALAMAN ASIA.

Gaya hiasan dalaman Asia adalah gabungan unsur-unsur yang mempengaruhi seni hiasan ini daripada Vietnam, Thai, China, Jepun dan lain-lain negara timor yang popular; sungguhpun begitu yang amat dikenali adalah China dan Jepun. Gaya hiasan Asia adalah merupakan campuran skrin hitam dengan corak warna emas motif Thai atau “wallpaper” warna emas kuil Vietnam yang diaplikasi. Hadangan, patung-patung kecil dan Buddha daripada India, Cambodia dan Angkor Wat dan sebagainya diadun bagi membangkitkan dokorasi.


Anda boleh memilih gaya hiasan dalaman ini untuk menjelmakan hiasan dalaman yang menarik bagi bilik anda. Gunakan panduan ini untuk mempelajari gaya hiasan dalaman yang popular dan digabungkan dengan pemilihan perabot yang bersesuaian. Kerusi dan meja untuk gaya ini adalah berukiran tinggi nilai seninya, dan katil adalah lebih rendah seperti platform di atas tanah. Untuk lebih jelas, bolehlah dilihat pada gaya hiasan dalaman China dan Jepun.


GAYA HIASAN DALAMAN CHINA.

Bagi hiasan dalaman China, warna merah dan merah karat atau merah-oren adalah warna yang mempengaruhi atau menjelmakan nasib baik. Tirai dan perabot lazimnya berkilat dan disapu salutan lakuer (lacquer coating) hitam. Perabot yang digunakan adalah seperti mempunyai kepelbagaian guna (multifunctional) seperti menjadi “sofa bed”. Bahan-bahan daripada alam semulajadi seperti buluh dan lelehan air terjun yang lembut akan mengindahkan suasana. Penggunaan karpet timur yang mahal akan memenuhi ruang. Tempat letak gaharu, patung Buddha dan kain sutera China menyerlahkan sopan santun gaya hiasan ini.


Perabot China yang digunakan biasanya berwarna gelap dan sarat dengan ukiran timbul. Kerusinya pula penuh berkerawang ukiran. Meja pula mempunyai garis-garis lengkong dan dibina rendah menghampiri lantai.






Semua gambar di atas adalah ihsan daripada Home Interior Design

No comments:

Post a Comment

Please comment here!

Your Ad Here
Your Ad Here