Decoration
Menulis tentang seni hias laman dan dekorasi dalaman rumah.
Nuffnang
Saturday, September 28, 2013
KEHARMONIAN KEDIAMAN
Wednesday, February 8, 2012
PANDUAN GAYA HIASAN DALAMAN: MANA SATU PILIHAN ANDA?
Buatlah satu pilihan yang tepat dan sempurna tentang gaya hiasan dalaman untuk bilik atau kediaman anda. Panduan yang diberikan di sini adalah meliputi gaya hiasan dalaman yang pelbagai mencakupi gaya yang popular dan memaparkan juga perabot yang sepadan dengan pilihan anda.

Terdapat pelbagai gaya atau “style” dalam hiasan dalaman. Antaranya ialah:
1. Gaya hiasan dalaman “apartment”.(Apartment Style Interior Design)
2. Gaya hiasan dalaman “Art deco”.
3. Gaya hiasan dalaman Asia.
4. Gaya hiasan dalaman China.
5. Gaya hiasan dalaman klasik.
6. Gaya hiasan dalaman kontemporari.
7. Gaya hiasan dalaman “teratak/ dangau” (Cottage Style Interior Design)
8. Gaya hiasan dalaman “kedesaan”(Country Style Interior Design)
9. Gaya hiasan dalaman English.
10. Gaya hiasan dalaman “Feng Shui”.
11. Gaya hiasan dalaman Perancis.
12. Gaya hiasan dalaman kedesaan Perancis (French Style Country)
13. Gaya hiasan dalaman rekaan taman (Garden Style Design).
14. Gaya hiasan dalaman “Gothic”.
15. Gaya hiasan dalaman rumah (Home Style Interior Design).
16. Gaya hiasan dalaman Jepun.
17. Gaya hiasan dalaman “loteng” (Loft Style Interior Design)
18. Gaya hiasan dalaman tradisional.
19. Gaya hiasan dalaman tropical.
20. Gaya hiasan dalaman Tuscan.
21. Gaya hiasan dalaman Victoria.
Sebenarnya banyak lagi gaya hiasan dalaman yang dikaji oleh pakar-pakar atau pun ahli penghias dalam (interior designer) terutamanya di negara-negara Barat.
Kita akan melihat satu persatu jenis hiasan dalaman seperti yang dinyatakan, khusus sebagai panduan kepada anda yang berminat menghias rumah secara sendiri atau menggunakan khidmat professional.


GAYA HIASAN DALAMAN "APARTMENT" (APARTMENT STYLE INTERIOR DESIGN)
Gaya hiasan “apartment” memaparkan tarikan dari segi kebolehsuaiannya dan member cabaran terutama pada ruangan yang ketat dan mahal. Kunci kepada pemilihan bahan-bahannya ialah factor kebolehsuaian yang mana konsep hiasannya ialah kebebasan memilih yang hampir-hampir sama. Pertimbangan yang wajar perlu diberikan kepada pelan lantai (floor plan), keluasan atau kesempitan ruang (amount of space). Gaya hiasan apartment adalah hampir serupa dengan gaya hiasan ruang yang sempit yang berkembang berdasarkan had-had ruang. Keutamaan juga perlu diberikan kepada pemilihan perabot kerana kediaman “apartment” mempunyai yang terhad.

GAYA HIASAN DALAMAN “ART DECO”
Gaya hiasan dalaman yang unik ini adalah retro klasikal dan amat sesuai kepada mereka-mereka yang mempunyai hobi mengumpul hasil-hasil seni dan kraftangan. Gaya hiasan ini lebih membawa elemen-elemen seni budaya warisan yang wujud di sekitar tahun-tahun 1920-an dan 1930-an. Komponen yang penting dan terpancar sebagai “trade-mark” hiasan dalaman ini ialah jubin lantai hitam-putih dengan menitikberatkan cermin, nikel dan perabut berpermukaan putih. Gunakan juga dinding bergeometrik hitam. Kalau anda menyukai warna yang lebih kontras, warna jingga kesumba (salmon-pink) dicadangkan.
Sofa dan kerusi untuk “art deco” adalah bersaiz sesuai (fairly large), dihiasi dengan kipas yang “stylish”. Meja dan almari yang disalut kaca adalah suatu kelaziman bagi hiasan “art deco”.Kotak yang disalut bingkai besi juga adalah sebagai pelengkap bagi sofa dan kerusi.




GAYA HIASAN DALAMAN ASIA.
Gaya hiasan dalaman Asia adalah gabungan unsur-unsur yang mempengaruhi seni hiasan ini daripada Vietnam, Thai, China, Jepun dan lain-lain negara timor yang popular; sungguhpun begitu yang amat dikenali adalah China dan Jepun. Gaya hiasan Asia adalah merupakan campuran skrin hitam dengan corak warna emas motif Thai atau “wallpaper” warna emas kuil Vietnam yang diaplikasi. Hadangan, patung-patung kecil dan Buddha daripada India, Cambodia dan Angkor Wat dan sebagainya diadun bagi membangkitkan dokorasi.
Anda boleh memilih gaya hiasan dalaman ini untuk menjelmakan hiasan dalaman yang menarik bagi bilik anda. Gunakan panduan ini untuk mempelajari gaya hiasan dalaman yang popular dan digabungkan dengan pemilihan perabot yang bersesuaian. Kerusi dan meja untuk gaya ini adalah berukiran tinggi nilai seninya, dan katil adalah lebih rendah seperti platform di atas tanah. Untuk lebih jelas, bolehlah dilihat pada gaya hiasan dalaman China dan Jepun.
GAYA HIASAN DALAMAN CHINA.
Bagi hiasan dalaman China, warna merah dan merah karat atau merah-oren adalah warna yang mempengaruhi atau menjelmakan nasib baik. Tirai dan perabot lazimnya berkilat dan disapu salutan lakuer (lacquer coating) hitam. Perabot yang digunakan adalah seperti mempunyai kepelbagaian guna (multifunctional) seperti menjadi “sofa bed”. Bahan-bahan daripada alam semulajadi seperti buluh dan lelehan air terjun yang lembut akan mengindahkan suasana. Penggunaan karpet timur yang mahal akan memenuhi ruang. Tempat letak gaharu, patung Buddha dan kain sutera China menyerlahkan sopan santun gaya hiasan ini.
Perabot China yang digunakan biasanya berwarna gelap dan sarat dengan ukiran timbul. Kerusinya pula penuh berkerawang ukiran. Meja pula mempunyai garis-garis lengkong dan dibina rendah menghampiri lantai.




Tuesday, December 27, 2011
PERABOT KAYU



Sememangnya ramai orang berminat untuk menghiaskan rumah dengan perabot kayu, terutamanya yang diperbuat daripada kayu jati yang diimpot daripada India atau Indonesia.





Perabot jati memberikan inspirasi untuk menghiasi kediaman anda dengan seni buatan tangan yang halus dari kayu jati yang berkualiti tinggi. Perabot jati bukan hanya menghiasi kediaman berkonsep klasik atau Bali, kini dengan pelbagai inovasi rekaan terbaru, ia menghiasi kediaman berkonsep nusantara, kontemporari malah konsep moden dan Inggeris. Beli perabot yang hanya menggunakan kayu berkualiti tinggi yang menjalani proses perawatan kayu teknologi terkini dan proses pengeringan kayu menggunakan 'giant oven'. Jaminan kualiti terbaik dengan jaminan 5 hingga 10 tahun atas kerosakan dari pembuatan serta khidmat servis percuma selepas jualan, satu jaminan yang memberikan anda ketenangan jiwa selepas memiliki perabot jenama ini. Pelbagai pilihan reka bentuk sofa terkini dengan pilihan fabrik mengikut corak dan citarasa anda.
Perabot jati sememangnya amat popular di serata dunia. Setiap perabot mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat dari kayu-kayu lain. Ia mampu bertahan dari semua jenis cuaca dan amat sesuai digunakan sebagai perabot. Sebelum ini, perabot jati dikenali sebagai perabot yang bermotif klasik, mempunyai pelbagai ukiran yang sesuai dengan konsep traditional. Kini dengan pelbagai inovasi dan permintaan peminat perabot jati, ia telah menukar imej perabot ini kepada model-model yang sesuai untuk konsep kontemporari, nusantara, oriental malah konsep moden dan inggeris selain konsep tradisional dan Bali.

![]() ![]() |
||
![]() |
Click here to visit this site | Video Panduan Lelong Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my! |
Tuesday, December 20, 2011
TIPS HIASAN DALAMAN
Hari ini aku ingin menulis sikit tentang ”interior designer” atau hiasan dalaman. Aku suka sangat pasal ”interior designer” atau hiasan dalaman ini kerana isteri akau minat bagai nak gila menghias rumah. Jadi, aku terpaksa lah belajar sikit-sikit ilmu menghias rumah atau ”house decoration”. Mana tidaknya, isteri aku selalu juga minta pandangan atau nasihat aku. Kalau jawab tak tau, nanti tak feel pulak.

Di sini diperturunkan sedikit TIPS MENGHIAS RUMAH dari bacaan dari majalah-majalah kegemaran isteriku iaitu Anjung Seri, Laman, Impiana, Keluarga dan macam-macam lagi sampai tak terbaca..
Elakkan 13 perkara dalam menghias rumah idaman
HIASAN dalaman sebenarnya bersifat peribadi (personal) dan sentimental. Ia lebih cenderung kepada penonjolan cita rasa dan estetika empunya diri. Ada yang berani dan mencuba sesuatu pembaharuan, kelainan selain rela menongkah arus seperti keputusan memilih rona garang untuk bilik tidur dan ruang makan.
Selain itu, menyusun gambar tidak perlu mengikut kelompok ukuran bingkai manakala cat dinding ruang tamu tidak semestinya dari kelompok warna senada.
Apapun anda pemiliknya, maka, jika sentuhan sedemikian membuat anda selesa teruskan saja namun, jangan keterlaluan menghias rumah sehingga tetamu berasakan kehadiran mereka seperti tidak dialu-alukan.
Kewajaran menghias rumah masih dituntut dan diperlukan bagi membantu anda memiliki sebuah kediaman yang bukan saja cantik dipandang mata tetapi selesa diduduki. Pastikan anda berasa tenang, damai dan tidak merimaskan. Jadikan kediaman `sarang persembunyian’ yang mampu mententeramkan jiwa anda.
Justeru, sebelum mulakan langkah menghias, pastikan maklumat asas hiasan dalaman dikenal pasti. Ini penting bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.
Ini aku ambil dari website seseorang .. (Excuse me! Sorry), kalau dia tak izinkan kenalah padam nanti.. Cantik dan unik!.

1• Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.
3• Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.
5• Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.
7• Jangan abaikan titik fokal ruang.
Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.
9• Elak bina sekatan
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.
10• Jangan beli kerana murah
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
11• Jangan melabur kerana aliran gaya.
Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.
12• Utamakan penampilan ruang dengan menyingkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang.
Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.
13• Jangan lupa perincian
Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.


Monday, December 5, 2011
DEKORASI TERKINI
-update
HARI INI rasa teringin pula hendak update blog ini. Rasanya sudah lama betul tidak menghantar entri baru ke blog ini. Pastinya ramai pengunjung yang keciwa. Bukan kerana apa yang membuat saya menyepi.. lantaran kerana kesibukan tugas di pejabat. Pernah dikata orang saya ini "makan gaji buta" membesarkan anak-anak dan isteri. Entahlah, hasad dengki manusia tidak pernah habis-habis...
Untuk kali ini saya akan mulakan blog ini dengan lebih terancang, kemaskini, ANGGUN dan MENAWAN!!!
Dalam dunia DEKORASI,terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari, didalami dan dititikberatkan...Sebelum itu bolehlah lawati laman-laman kegemaran seperti..DECO BERSAMA ERIC
Seperi apa yang ditulis oleh Eric dalam DECO BERSAMA ERIC
Saya petik sedikit perkataan-perkataan itu…
“Dalam episode ini, ……… bermula di sebuah ruang tamu yang mengalami dilema "miss-match" di mana gaya perabot, warna dinding, warna permaidani, deko dan sebagainya tidak berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan sebuah gaya sedap dipandang mata.”
DECO BERSAMA ERIC
Boleh juga lewat santai-santai di DECORATION.com. Boleh kongsi ilmu dekorasi@decoration.
Revolutionize the email experience. Start your FREE Trial of GetResponse Email-to-Speech. GETRESPONSE
Sunday, April 12, 2009
TANAMAN HIASAN DALAMAN
Tanaman Hiasan Dalaman adalah tumbuhan yang memerlukan penjagaan yang rapi serta perlindungan dan teduhan dari pancaran terus cahaya matahari.Mendedahkan tumbuh-tumbuhan ini kepada cahaya matahari akan membantutkan pertumbuhannya dan berkemungkinan besar ia tidak akan mengeluarkan bunga. Tanaman Hiasan Dalaman lazimnya digunakan untuk tujuan hiasan dalaman di dalam bangunan, pejabat atau bilik dan juga ditanam dibawah pokok naungan di luar bangunan atau dilaluan yang dilindungi oleh atap "transparent".
Contoh tumbuh-tumbuhan ini adalah seperti Anthurium sp.,Caladium sp.,Dieffenbachia sp. dan Begonia sp.





Bacaan lanjutan dan komen boleh Decoration.com
Tuesday, May 6, 2008
POKOK PALMA
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT
TUMBUHAN RENEK
Ingin mencari sesuatu Click Here!
TANAMAN TUTUP BUMI
Tanaman penutup bumi dan rumput turfialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian yang kurang daripada 30 cm dari permukaan bumi. Ianya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalardipermukaan bumi. Antara contoh-contoh pokok ini ialah ros Jepun (Portulaca grandiflora),Alternanthera dan Hemigraphis
Rumput turf ialah sekumpulan rumput yang ditanam dan dijaga dengan rapi di kawasan-kawasan terpilih seperti halaman rumah.Rumput turf yang biasa ditanam ialah Axonopous, bermuda, serangoon, zoysia dan St.Augustine.
TANAMAN HIASAN DALAMAN
Tanaman hiasan dalaman merupakan kumpulan tanaman yang memerlukan teduhan atau perlindungan cahaya matahari.Jika terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan terbantut dan tidak mengeluarkan bunga dengan baik. Tanamn ini selalunya digunakan untuk tujuan hiasan di dalam bangunan atau ditanam di bawah naungan. Tumbuhan ini ialah Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp. dan Begonia sp.
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT
Monday, April 28, 2008
POKOK NAUNGAN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT
Friday, April 25, 2008
LANSKAP
TUMBUHAN LANSKAP boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhannya. Jenis tumbuhan ialah pokok naungan, tumbuhan renek, tanaman penutup bumi dan rumput turf, pokok palma, tanaman hiasan dalaman, tanaman semusim, orkid, tumbuhan memanjat dan menjalar, kaktus dan lendair serta tumbuh-tumbuhan lain.
Ini contoh pokok naungan.
Sambung bacaan KLIK SINI
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT